Thursday, January 1, 2009

sedih+malu=marah!!!

Tgh ari td aku g laa lepak2 kt kedai roti nan kt bandar machang dgn member2 aku...as usual aku oder laa roti feveret aku "roti boom" n teh tarik...masa tgh menunggu ketibaan roti boom tersebut aku baca laa surat kabar arini..masa duk baca surat kabar tu aku terbaca berita pasal kes curi kereta kt KL...terkejut berok laa kawe sbb dlm peper tu ado tulis nama kampung kesayangan kawe...hahahha...ni keratan berito tu..baco sendiri laa...huh..


Lima lelaki curi kereta di Kuala Lumpur kena cekup di Kelantan





KOTA BHARU: Sekumpulan lima lelaki yang melarikan sebuah kereta lebih seminggu lalu di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, tumpas apabila mereka ditahan di Machang, pagi semalam.

Kelima-lima lelaki berusia antara 23 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Kampung Rengas, Tok Bok; Kampung Kepas dan Kampung Pangkal Gong, Machang, antara jam 3 hingga 7 pagi.

Semua suspek ditahan dalam `Ops Bersepadu’ yang dilakukan sepasukan Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

Ketua Bahagian Pengurusan IPD Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lay, berkata sebelum itu kereta jenis Proton Wira Aeroback kepunyaan seorang kakitangan kerajaan dilaporkan hilang di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada 20 Disember lalu, kira-kira jam 6 petang.


ni yg aku paling marah sebab pasal "berok2" tu kampung kawe hok malu padahal "berok2" tu org kampung lain...bodo sungguh sesetengah manusia nih...aduh..hok aku malu sgt sbb member2 aku duk perli kg aku sedangkn penjenayah tu org kampung lain...adoi sakit telinga aku..so aku arap polis jatuhkan hukuman yg setimpal laaa "berok2" tersebut...

so aku arap xdop laaa berlaku kejadian mcm ni lagi yg boleh wat kg aku mendapat malu..kalau masuk surat kabar pun biar laa berita2 yg boleh membanggakan dan memperkenalkan nama kampung kesayangan aku ni...hahahah..

salam...

Lai Lai Like!!

2 comments: