Sunday, June 13, 2010

World Cup 2010(Day 2)

Game semalam mmg rancak dan menarik.Tiada lagi kesilapan bodoh reff dan team yg main smlm team yg power2 jer.

Game antara Korea Selatan dgn Greece mmg mengejutkan dimana korea berjaya mengalahkan Greece dgn mudah tnpa susah payah.Skali lagi ketua pasukan Korea Park Ji Sung menunjukkn bahawa dia masih lagi pemain asia terbaik selepas mengemudi korea menumpaskan Greece.Greece main macam budak2 dan mcm tiada strategi.Reti sepak bola jer..tiada taktikal langsung.Striker Greece yg digeruni mcm Charisteas dan Gekas hanya tinggal nama jer..zaman euro 2004 bleh laa.skrg zaman dah berubah..hahaha..skali lagi tahniah utk South Korea iaitu Singa Asia..

Game yg ditunggu2 oleh ak semalam iaitu Argentina(my faveret) lwn Nigeria mmg bes dan rancak.serangan daripada argentina mmg terbaik apabila messi n tevez mengetuai serangan Argentina tp kehebatan keeper Nigeria mmg xdpt dinafikan.6 cubaan dan 4 daripada Messi dipatahkan dgn mudah..tp ak puas hari beb..Argentina mesti mengganas apabila round 2 nnt..hehehehe..ni baru perlawanan pertama..biasa la tu lau main slow..tp tunggu jer la nnt Argentina tunjuk kekuatan sebenar diorang..hahahaha

Game pertama dari group C iaitu antara England dgn Amerika mmg menghiburkan sbb dua2 team main attck dgn agresif n lebih menghiburkan selepas keeper England iaitu Robert Green buat kesilapan bodoh.hahaha.England dah lekat badi kt keeper..dari dulu lagi keeper england teruk n buat silap bodoh n semalam berlaku lagi..hahaha..dulu masa 2002 David Seaman buat silap n kena tipu dgn gol ronaldinho...hahaha..padan muka england..masa 2006 David James n Robinson truk..tiap kali game buat silap..england mmg dah kena badi kt keeper dia..hahahaha..

USA plak team yg semakin meningkat naik..pemain2 semua hebat2 mcm Dempsey yg main dgn Fulham,Donovan,Howard n lain2..diorang main dgn bersemangan n teamwork..USA ni team yg perlu diberi perhatian..Brazil pun kalah masa piala konfiderasi tahun lepas dgn USA ni...

overall semua game semalam mmg menarik,rancak dan menghiburkan..ni baru permulaan sebenar WC tahun nih..skrg kita tungg team dari group d plak..mln ni Serbia lwn Ghana..mesti bes nih..lps tu German lak..mintak2 German kalah laa..heeeee

ok..roger n out..


Lai Lai Like!!

No comments:

Post a Comment